5 Kelebihan Berpuasa

Lagi dua hari sahaja kita akan menyambut 1 Ramadhan. Ini kalau bulan puasa ni tengok gambar kat atas tu pun meleleh air liur tau. Alhamdulillah, bersyukur kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Peluang yang datang hanya setahun sekali kan. Selain ianya bulan untuk beribadah dengan lebih fokus dan tekun, Ramadhan juga adalah bulan kesihatan tau. Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Semua ada tujuan dan kelebihan, begitu juga dengan berpuasa. Jadi, apa pula kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan dari segi kesihatan? Kali ini Adaa akan kongsikan 5 kelebihan berpuasa yang mungkin kita semua belum tahu. Kalau dah tahu ini kira ulangkaji lah ya 😛

 

5 KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. MEMPERBAIKI SISTEM BADAN

Ketika berpuasa, sistem tubuh kita akan membina semula serta menjana sistem yang baru serta menyingkirkan sel yang rosak. Bukan baju, perabot aja nak kena baru untuk Syawal tau. Badan pun sama juga!

 

2. MENGURANGKAN BERAT

Bagi yang asyik bertangguh nak menurunkan berat badan, ini peluang emas anda. Bila bulan puasa, tak boleh ponteng-ponteng lagi. Kena tekad sebab kita menjalankan perintah Allah. Jadi secara tak langsung, kita juga dapat menurunkan berat badan kita dengan lebih sihat. Dengan syarat, janganlah makan berlebihan ketika berbuka dan lewat malam. Sia-sia je nanti.

 

3. KANDUNGAN GULA DALAM DARAH STABIL

Karbohidrat memang boleh membahayakan kalau diambil secara berlebihan. Orang Malaysia ni kalau tak ambil nasi, roti, mee, gula dalam satu hari memang tak sah. Jadi bulan Ramadhan ni kita akhirnya dapat kurangkan pengambilan karbohidrat. Apabila kurang makan karbo, tubuh kita akan dengan sendirinya menggunakan glukosa simpanan untuk tenaga dan dengan itu, gula dalam darah akan lebih rendah dan lebih sihat!

 

4. AWET MUDA

Siapa sangka puasa pun boleh melambatkan penuaan tau. Jangan tak tahu. Dengan berpuasa, kita kurang menggunakan tenaga untuk sistem tubuh seperti penghadaman, jadi mitochondria kita kurang terbeban dan dengan itu  memperlahankan proses penuaan.

 

5. KULIT LEBIH CANTIK

Bulan ni lah kita dapat detoks badan secara natural. Berpuasa membantu menyingkirkan toksin dan meningkatkan fungsi organ tubuh. Hasilnya tenaga dapat dibekalkan dengan lebih baik termasuklah meningkatkan kesihatan kulit.

 

Jelas? Semoga Ramadhan ini membantu kita menjadi muslim yang lebih baik dan juga dapat memberikan kita kesihatan yang lebih cemerlang. Jangan ponteng puasa ya!

 

Similar Posts

  • Pelembut Baju: Soft Fabric Shaklee

    [et_pb_section bb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″ next_background_color=”#000000″][et_pb_row _builder_version=”3.0.47″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image src=”https://www.adaainspiration.com/wp-content/uploads/2017/09/soft-fabric-concentrate.png” alt=”pelembut baju” align=”center” module_class=”et_animated et_animated” _builder_version=”3.0.77″ animation_style=”fade” border_style=”solid” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.105″ background_layout=”light”] Baju Selembut Sutera Dengan Formulasi Semulajadi Shaklee. Shaklee telah melengkapkan serbuk pencuci pakaian “Fresh Laundry” dengan pelembut baju ”Soft Fabric Concentrate”. Pelembut baju ini membantu melembutkan pakaian dan kain, mengurangkan kedutan pada pakaian, serta…

  • Kulit Cantik Hanya Dengan RM2 Sehari

    [et_pb_section bb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″ next_background_color=”#000000″][et_pb_row _builder_version=”3.0.47″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image src=”https://www.adaainspiration.com/wp-content/uploads/2017/12/kulit-cantik-rm2.jpg” alt=”kulit cantik” align=”center” _builder_version=”3.0.105″ max_width=”51%”] [/et_pb_image][et_pb_text _builder_version=”3.0.89″] etul ke boleh dapatkan kulit cantik dengan harga rendah macam tu? Ya, tak tipu punya tau. Macam mana tu? Adakah dengan penggunaan bahan kimia bahaya? Guna vitamin sintetik? Produk murah dan belum diuji? Uih, mintak jauh lah ya….

  • Apa terjadi Kepada Tubuh Anda Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

    Hari ini adalah hari ketiga seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah semoga semua masih kuat untuk meneruskan ibadah yang hanya datang setahun sekali ni. Bulan Ramadan ni ramai orang ambil peluang untuk turunkan berat badan, ada juga yang taknak pun tapi tetap turun juga, dan ada juga siap naik berat badan. Sebenarnya apa yang terjadi kepada…

  • Kulit Licin & Awet Muda Dengan Vitamin C

    [et_pb_section bb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″ next_background_color=”#000000″][et_pb_row _builder_version=”3.0.47″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image src=”https://www.adaainspiration.com/wp-content/uploads/2017/10/kulit-licin-1.jpg” alt=”kulit licin 1″ align=”center” _builder_version=”3.0.105″ max_width=”50%” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.105″] ” makcik, nak saya tolong?”. Aduh, nak tolong tu bagus dah, bab ‘makcik’ tu macam tertusuk di kalbu. Umur muda lagi tapi orang dah panggil makcik, macam mana tu? (ini bukan kisah Adaa haha). Dengan raut muka…

  • Teknik Marmet Yang Betul [Perahan Susu Ibu]

    [et_pb_section bb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″ next_background_color=”#000000″][et_pb_row _builder_version=”3.0.47″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image src=”https://www.adaainspiration.com/wp-content/uploads/2018/01/Teknik-marmet-2.png” alt=”Teknik marmet” align=”center” _builder_version=”3.0.106″ /][et_pb_text _builder_version=”3.0.98″] Sebelum Adaa mulakan, adaa mohon maaf jika visual yang dipaparkan agak kurang sesuai. Ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap faham ya. Setiap ibu yang melahirkan bayi pasti ingin menyusukan anak secara eksklusif. Zaman sekarang masyarakat semakin peka dengan…